
Guru dari Pahang dinobatkan jutawan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat 2025
BANK Rakyat mengumumkan Hazrul Ikram Pahroraji yang merupakan seorang guru sekolah dari Pahang sebagai jutawan baharu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat bagi Cabutan Hadiah Utama tahun 2025.
“Pada Januari 2024, kita menyaksikan detik bersejarah apabila jutawan pertama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus diumumkan, yang mana seorang jururunding berjaya membawa pulang hadiah utama berjumlah RM1 juta sebagai hasil daripada pelaburannya menerusi akaun ini,” ujar Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd.
Shariff semasa Majlis Penyampaian Hadiah Utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus yang
diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.
Ahmad Shahril berkata, sambutan luar biasa daripada orang ramai dan pelanggan setia Bank Rakyat telah menggalakkan Bank berkenaan untuk terus memperluaskan lagi impak dan manfaat produk pelaburan ini dengan pencarian jutawan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus yang seterusnya bagi Cabutan Hadiah Utama tahun 2025.Semasa majlis berkenaan, Bank Rakyat turut meraikan para pemenang Cabutan Hadiah Utama bagi tahun 2025 yang lain, yang mana tempat kedua dimenangi oleh Noor Afidah Mohammad Isa dari Selangor yang membawa pulang hadiah emas seberat 500 gram.
Manakala empat lagi orang pemenang hadiah tempat ketiga membawa pulang hadiah emas seberat 100 gram, iaitu Radiah Jusoh dari Kelantan, Muhammad Al Hafiz Abd.
Gafar dan Tan Moi Kia dari Johor serta Aifa Nadhirah Muhammad Sazri dari Pulau
Pinang.
Seramai tiga lagi orang pemenang yang memenangi hadiah tempat keempat, kelima dan keenam pula menerima peratusan keuntungan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun berserta hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, RM5,000 dan RM1,000.
“Majlis ini membuktikan komitmen Bank Rakyat untuk meraikan setiap pemenang dan memastikan semua hadiah yang dijanjikan disampaikan pada masa yang ditetapkan.
Sepanjang tahun ini, kami akan mengadakan pelbagai cabutan menarik, termasuk cabutan bulanan, suku tahunan, setengah tahun, serta cabutan istimewa yang pastinya memberi lebih banyak peluang kepada anda untuk menang. Setiap cabutan adalah peluang baharu untuk anda meraih hadiah hebat.
“Menerusi hadiah dan ganjaran lumayan berjumlah keseluruhan RM5.8 juta yang ditawarkan, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus adalah sebahagian daripada usaha Bank Rakyat untuk memastikan pelanggan dapat meraih manfaat yang maksimum daripada produk pelaburan yang selamat dan patuh Syariah.
“Pada tahun 2025, Bank Rakyat mensasarkan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM700 juta, yang mana jauh lebih tinggi daripada sasaran awal kami pada tahun pertama produk ini dilancarkan,” ujar Ahmad Shahril.
Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, kejayaan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus ini mencerminkan usaha berterusan Bank Rakyat dalam menyediakan produk patuh Syariah yang inovatif dan bermanfaat, khususnya dalam membantu memupuk tabiat melabur dan menyimpan dalam kalangan masyarakat bagi memenuhi komitmen kewangan mereka.
“Sesungguhnya, inisiatif ini adalah amat sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang menitikberatkan kesejahteraan inklusif serta kemakmuran ekonomi masyarakat Malaysia.
Justeru, besarlah harapan kami agar pelanggan serta masyarakat di luar sana akan terus memberikan sokongan berterusan terhadap pelbagai tawaran produk serta kempen yang dianjurkan oleh Bank Rakyat bagi merebut manfaat dan ganjaran termasuk pulangan tinggi yang ditawarkan,” tambah Datuk Mohd Irwan.
Pelanggan boleh merujuk laman sesawang rasmi Bank Rakyat menerusi www.bankrakyat.com.my untuk senarai penuh pemenang. Maklumat lanjut berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus boleh didapati menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi @mybankrakyat atau hubungi Pusat Panggilan 1-300-80-5454 dan kunjungi
cawangan berdekatan.
Artikle Berkaitan :>