Nasional

Negara maju bolot vaksin – KJ

BEKALAN vaksin Covid-19 untuk negara membangun kurang kerana ia dibolot oleh negara maju.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, itu merupakan situasi zalim dan tidak adil yang menyebabkan negara miskin sukar mendapat vaksin tersebut.

Katanya, keadaan itu mengingatkannya kepada filem Titanic yang mana golongan kaya yang berada di kelas pertama mempunyai bot keselamatan yang miskin dibiarkan lemas.

Perkara itu katanya, turut menjejaskan program vaksinasi di negara ini ekoran jadual penghantaran adalah seperti sedia ada.

“Kita tidak diberi keutamaan, perlu beratur menunggu giliran manakala negara kaya membeli bekalan yang mencukupi untuk memvaksinkan rakyat mereka untuk tiga, empat, lima kali.

“Jika ini bukan ketidakadilan, maka saya tidak tahu apakah ia. Dan kami sedang cuba yang terbaik untuk memastikan program vaksinasi kita berjalan sehingga selesai, bukan hanya untuk kesihatan awam, tetapi juga untuk pemulihan ekonomi yang amat penting,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rangka Tindakan Kemampanan Malaysia Aviation Group (MAG) di sini, hari ini.

Setakat ini vaksin Covid-19 Malaysia diperoleh daripada lima pengeluar termasuk dari China dan Russia.

Negara

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button