Luar Negara

Guru agama maut ditembak di Pattani

SEORANG guru agama maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pattani, selatan Thailand.

Lelaki berusia 52 tahun itu merupakan guru di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya ditembak pada awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nong Chik, Komkrit Srisong berkata, dalam kejadian kira-kira  pulul 12.30 pagi (waktu tempatan), polis menemui sekurang-kurangnya 10 kelongsong peluru di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian tembakan itu dan mengesan suspek terbabit. – SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button