Nasional

Jasa wartawan sebagai penyampai maklumat tepat sangat besar

JASA wartawan sebagai penyampai maklumat yang tepat dan sahih disifatkan sangat besar kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menzahirkan ini sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) hari ini.

Ahli Parlimen Padang Besar ini mengakui pengorbanan seorang wartawan sukar dibalas.

“Ada yang sanggup ke medan perang, ada yang dibunuh hanya kerana ingin mendapatkan maklumat tepat,” katanya ketika ditemui media selepas majlis Jamuan Aidilfitri Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia Perlis di Santuari Ikan Air Tawar di Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis.

Sejak 2018 tarikh 29 Mei telah dipilih sebagai Hari Wartawan Nasional di Malaysia, sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada tahun 1939.

Zahidi berkata, sepatutnya kebajikan wartawan sentiasa dijaga sebagai tanda golongan ini dihargai.

“Tanpa mereka masyarakat tidak akan mendapat berita yang tepat serta boleh dipercayai,” katanya.

Salah seorang wartawan ditemui, Chong Keat Yin, 40 mengakui HAWANA amat bermakna bagi setiap wartawan.

“Ini adalah tanda penghargaan untuk kami sekaligus membakar semangat untuk melapor yang terbaik,” katanya yang bertugas selama 17 tahun di akhbar Sin Chew Daily.

Sementara itu Syed Azlan Syed Hizar, 35 berkata, HAWANA bererti satu pengiktirafan pada golongan wartawan.

“Kerjaya wartawan sudah lama di negara ini tetapi hanya 2018 baharu HAWANA dilancarkan walau agak lambat tetapi ia petanda kami dihargai,” kata wartawan Kosmo. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button