Nasional

Abdul Rasheed Ghaffour dilantik Gabenor Bank Negara baharu

MULAI 1 Julai, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan ini, 30 Jun.

Pengumuman pelantikan Abdul Rasheed sebagai Gabenor dibuat oleh BNM dalam satu kenyataan dan Abdul Rasheed adalah untuk tempoh lima tahun, sehingga 30 Jun 2028.

Pelantikan Abdul Rasheed dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menerusi satu kenyataan BNM lagi, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman dan prestasi Abdul Rasheed yang cemerlang semasa berkhidmat di bank.

Lembaga Pengarah yakin beliau akan memimpin bank untuk mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan dan meneruskan tradisi kecemerlangan bank demi kepentingan negara.

Dalam pada itu, Abdul Rasheed turut melahirkan ucapan terima kasih di atas pelantikannya.

“Pelantikan sebagai gabenor merupakan penghormatan kepada saya dan saya akan meneruskan dan mempertingkatkan lagi usaha Gabenor Nor Shamsiah.

“Di bawah kepimpinan beliau, bank terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, Nor Shamsiah telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan bank pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan.

“Saya akan berusaha memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” ujarnya.

Untuk rekod, Abdul Rasheed mula berkhidmat di bank pada tahun 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada tahun 2016.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan graduan MBA dari Saïd Business School, Oxford University.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan. – SM

BACA Naik OPR atau inflasi luar kawalan?

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button