Rencana

Anak muda Bagan Datuk tolak Zahid

Pada PRU-14 yang lalu, kebangkitan golongan muda lah yang menyebabkan keruntuhan kerajaan BN pimpinan DSNR. Mereka menjadi penyiar percuma kepada orang-orang di kampung-kampung tentang berita yang tersiar di kota-kota besar serata Malaysia.

Walaupun ketika PRU-14 yang lalu, tindakan golongan muda tersebut sedikit sebanyak merupakan penyebab ketidakstabilan dan kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Pada PRU-15 kali ini pula, golongan anak muda Bagan Dato harus menjadi pahlawan bangsa.

Bukan mengajak rakyat menolak Barisan Nasional pada PRU kali ini, namun spesifik hanya menolak Zahid Hamidi.

Kalahkan dan benamkan Penyamun yang menunggang Agama, Bangsa dan Parti Keramat di bumi beliau sendiri.

Bilamana Zahid kalah, suka atau tidak. Beliau harus turun dan mengundurkan diri. Tidak layak UMNO dipimpin oleh orang yang kalah

Ajak seluruh pengundi Bagan Dato, termasuk ahli-ahli UMNO untuk menolak dan menurunkan Zahid Hamidi. Hanya dengan itu, baru lah Malaysia boleh terselamat.

Terselamat daripada skema jajaran baru yang dirancang setelah sekian lama.

Kalau apa yang dikatakan berkenaan jajaran baru ini adalah fitnah, maka wajar bagi Zahid Hamidi dengan kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO menyaman mereka yang membuat kenyataan seperti Tajuddin dan Nazri Aziz.

Namun hingga hari ini, ada Zahid nafi ?.

Saya ulangi persoalan, pernahkan Zahid menafikan pertuduhan ini ?.

TIDAK.

ZAHID TIDAK PERNAH MENAFIKAN “TUDUHAN” BSRKAITAN ISU INI.

Maka, mari anak muda Bagan Dato, tolak Zahid Hamidi.

Jadilah pahlawan agama.

Jadilah pahlawan bangsa.

Biar sejahteranya Malaysia kerana keberanian anak muda Bagan Dato.

-RP-

(Visited 619 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button