Rencah Hidup

Guna taktik “pemasaran murahan” untuk lariskan produk

RATA-RATA netizen beranggapan produk jenama Jantan Tak Guna yang menggunakan taktik “pemasaran murahan” atau “cheap marketing” untuk menarik perhatian orang ramai tidak sepatutnya dibenarkan walaupun ia sekadar “copy writing advertising”.

Baru-baru ini tular di media sosial, sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang “diconteng” dengan perkataan cemuhan dan kurang enak dibaca.

Senario itu mengundang perbualan hangat dalam kalangan warga kota yang tinggal di sekitar Bukit Bintang.

Apabila membaca ayat yangt tertera itu, ramai yang menyangka ia satu kejadian yang benar-benar berlaku kerana si isteri menluahkan rasa kesal dan kemarahanya terhadap suami yang bermain kayu tiga.

Bagaimanapun, sangkaan itu meleset kerana kata-kata yang diungkapkan dalam sebaris ayat itu hanyalah pemasaran atau “marketing murahan” untuk jenama produk vape.

Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkilan dengan perubatan pemasaran seperti itu seolah-olah istilah ‘janda’ yang tertera umpama merendahkan martabat golongan wanita.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada Persatuan Wanita dan ibu Tunggal untuk tindakan Presidennya.

Orang ramai menggesa pihak jenama produk berkenaan memohon maaf secara terbuka khususnya golongan janda. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button