Nasionalpilihan

Suami positif dadah pukul isteri guna kayu

BERANG selepas tidak dapat bertemu dengan anak, seorang isteri cedera selepas dipukul oleh suaminya dengan menggunakan tangan dan kayu serta diacah dengan garfu dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang, Selangor petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku di rumah mereka kira-kira pukul 4 petang dan mangsa yang berusia 31 tahun turut dihalau keluar dari rumah oleh suaminya, 35 tahun.

Punca kejadian berlaku kerana suspek bengang tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya selepas dihalang oleh mangsa kerana risau dijangkiti Covid-19.

Anak-anak mangsa telah dihantar ke rumah keluarganya di Cheras kerana suspek perlu menjalani kuarantin di rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek telah ditangkap di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat.

“Suspek tidak bekerja dan telah berkahwin selama lapan tahun serta mempunyai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan dengan lingkungan berumur 7 tahun hingga 8 bulan.

“Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan luka di lengan kiri bahagian bawah dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

Ujarnya, suspek pula kini ditahan selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952. -SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button