Nasionalpilihan

Guna pangsapuri persendirian untuk lakukan aktiviti pelacuran

BERSELINDUNG dengan menggunakan rumah pangsapuri persendirian untuk menjalankan aktiviti pelacuran.

Itu yang dilakukan sindiket pelacuran yang baru beroperasi tiga minggu lepas sebelum diserbu pihak polis di Taman Usahawan Kepong pada 10 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam serbuan tersebut, empat wanita asing berusia lingkungan 26 hingga 37 tahun telah ditahan.

“Kesemua yang ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran tersebut.

“Selain itu, kita turu merampas wang tunai sebanyak RM300, kondom pelbagai jenama, minyak urut dan minyak pelincir,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63. -SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button