Politik

Guna Oridinan Darurat arah syarikat sumbang komputer kepada murid

KERAJAAN dicadangkan supaya menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan syarikat swasta menyumbang sebuah komputer kepada setiap pelajar.

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut mencadangkan agar kerajaan menggunakan kuasa yang sama mengarahkan pemilik stesyen televisyen menyediakan saluran khas bagi menyiarkan program pendidikan.

“Kerajaan seharusnya memanfaatkan kuasa penuh di bawah Ordinan Darurat ketika ini untuk mendesak syarikat-syarikat Konglomerat menyumbang komputer riba kepada murid-murid sekolah dan mengarahkan stesyen TV swasta berbayar seperti ASTRO bagi menyediakan saluran pendidikan dengan pemantauan Kementerian Pendidikan,” kata Asyaraf Wajdi dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kesukaran pelajar ketika ini yang perlu mengikuti kelas pendidikan secara dalam talian melalui kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Ruma (PdPR).

Selain itu Asyraf Wajdi turut menggesa kerajaan supaya menyegerakan pemberian komputer riba kepada  150,000 murid di 500 buah sekolah rintis.

Pemberian komputer riba yang yang termasuk dalam Belanjawan 2021 itu perlu diedarkan dengan segera kerana sesi persekolahan melalui kaedah PdPR sudahpun bermula.

Selain itu, kerajaan juga perlu memikirkan kaedah untuk membantu baki pelajar yang tidak mendapat bantuan tersebut yang juga perlu mengikuti PdPR.

“Jumlah ini bersamaan tiga peratus daripada anggaran 4.7 juta murid daripada keseluruhan 10,220 buah sekolah rendah dan sekolah menengah yang bakal menerima komputer riba hasil kerjasama Kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Pada masa sama, nasib lebih 4.7 juta murid lain di 10,220 sekolah rendah dan menengah yang berkemungkinan tidak memiliki sebarang peralatan yang bersesuaian untuk PdPR seperti telefon pintar atau laptop harus diberikan perhatian serius,” kata Asyraf Wajdi.

Katanya, Kementerian Pendidikan perlu lebih aktif dan segera menangani pelbagai isu dan kekangan pembelajaran yang timbul.

Ini supaya tidak berlaku sebarang fenomena keciciran murid-murid daripada arus pendidikan dalam suasana pandemik yang sudahpun masuk tahun kedua.

Menurut Asyraf Wajdi, saluran TV Pendidikan adalah antara langkah jangka pendek yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan dengan segera.-SM

 

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button