Luar Negara

Covid-19: Jumlah kematian di AS sudah atasi China

KEMATIAN akibat wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dan angka yang maut kini sudah  sudah mengatasi China.

Setakat ini jumlah kematian AS berdasarkan data daripada Universiti John Hopkins ialah 3,400 orang.

Ini bermakna, jumlah kematian yang dicatatkan di AS sudah mengatasi angka rasmi di China.

Langkah mengehadkan pergerakan seterus sedang dipertimbangkan di AS untuk membendung penularan virus, dengan negara itu melaprokan jumlah jangkitan sekali ganda lebih tinggi dari China.

Sementara itu Al Jazeera melaporkan di Sepanyol, United Kingdom dan Perancis mereka turut mencatatkan kematian tertinggi dalam sehari sejak penularan wabak itu.

Di seluruh dunia lebih 820,000 orang disahkan dijangkiti virus itu, dan sekurang-kurangnya 174,000 telah pulih. Lebih 40,000 meninggal dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran dunia berhadapan dengan krisis yang paling mencabar sejak Perang Dunai II, iaitu berhadapan dengan pendamik yang mengancam manusia di setiap negara, yang membawa masalah yang kemungkinan lebih teruk daripada masa lalu.

“Terdapat juga kemungkinan kombinasi wabak dan kesan ekonomi yang akan menyumbang kepada ketidakstabilan, huru-hara dan konflik,” katanya.

Di Turki lebih 200 orang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 dengan negara itu melakukan ujian ke atas 15,000 orang setiap hari.

Setakat ini 46 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan kematian di negara itu 214 orang.

Kes baharu yang dicatatkan di Turki sebanyak 2,704 menjadikan keseluruhan 13,531 kes.

Tunisia pula akan menyambung perintah berkurung bagi membendung wabak berbahaya itu selama dua minggu lagi, iaitu sehingga 19 April.

Negara itu setakat ini mempunyai 362 kes dengan enam kematian, dan sudah melaksanakan perintah berkurung selama seminggu. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah kecuali membeli barang keperluan atau melalukan kerja yang dibenarkan.

Qatar pula telah mengurangkan jumlah pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad sebanyak 40 peratus. Kebanyakannya bekerja dari rumah atau ambil cuti tahun.

Negara Teluk itu mencatat 88 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruh 781 kes dengan dua orang meninggal dunia.

Sebanyak 62 orang telah pulih daripada jangkitan itu. – Al Jazeera

 

 

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button