NasionalPolitik

Guna kuasa pena dengan betul, bukan sebar khabar angin – Menteri Kewangan

SALAHKAH laporan media menulis berita yang mempersoalkan spekulasi seorang menteri meletakkan jawatan kerana dilihat tidak hadir bagi membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) di Dewan Rakyat?

Spekulasi media yang mempersoalkan status jawatan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dibuat dengan mengambil kira wawancara sebelumnya yang didakwa Menteri itu rela meletakkan jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan kementeriannya yang difikirkan silap termasuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara sekali.

Bagaimanapun Zafrul menerusi perkongsiaan Facebook beliau menyangkal spekulasi tentang sebuah laporan media yang bertajuk “Tengku Zafrul letak jawatan Menteri Kewangan?”

“Gunakan kuasa pena untuk menghebahkan hal yang betul dan bukannya khabar angin” kata Tengku Zafrul.

Jelas beliau, pihak media diminta untuk lebih adil dalam membuat laporan media dan mohon menggunakan medium yang betul bagi mendapatkan maklumat yang sah seperti pengesahan dari pejabat atau pegawainya.

Zafrul berkata, beliau tidak mempunyai niat untuk meninggalkan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

“Isu ketidakhadiran di Parlimen pada sesi MQT pula, saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini.

“Tahun lepas pun, Timbalan Menteri Kewangan yang bentangkan atau mungkin Utusan Malaysia buat-buat tak tahu, tak ingat atau tak kisah?” katanya. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button