Nasionalpilihan

Sekian lama tiada acara besar, tiga penyanyi teruja buat persembahan depan PM

Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober ini disambut baik barisan anak seni.

Bagi penyanyi yang terbabit pada acara itu yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Poova dan Vince menyifatkan ia sesuatu yang cukup istimewa dan penghargaan buat mereka.

Dayang Nurfaizah berkata, dia cukup teruja dapat membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri apatah lagi selepas sekian lama tidak menyanyi pada acara besar.

“Sejujurnya saya teruja dapat terbabit pada acara ini sebab setelah sekian lama tiada program besar. Sekurang-kurangnya dapat buat kemunculan semula.

“Malah, apa yang lebih membanggakan adalah dapat mengadakan persembahan depan Perdana Menteri, menteri dan Ketua Menteri. Selain itu dapat juga saya menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan nafas baru,” katanya.

Senada dengan Dayang, penyanyi Hael Husaini juga melihat pelancaran itu memberi petanda baik dan perkembangan positif kepada industri hiburan tempatan.

“Pastinya dengan adanya acara sebegini ia dapat merancakkan semula industri hiburan dan penganjuran acara sekali gus memberi peluang artis kembali beraksi di pentas.

“Apa yang menariknya juga, pada acara saya bersama rakan artis lain cukup teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu rasmi Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Vince beranggapan majlis pelancaran itu dapat memberi manfaat kepada ramai pihak yang terbabit. Bukan saja kepada penyanyi, pemuzik, tapi juga mereka yang terbabit dalam penganjuran acara.

“Dengan adanya program besar ini memberi Kesan limpahan yang akan memanfaatkan banyak pihak dalam industri hiburan dan industri sokongan.

“Paling penting, semangat Keluarga Malaysia juga dapat diperkukuhkan melalui program hiburan yang membabitkan elemen atau semangat muhibbah,” katanya.

Majlis Pelancara Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung jam 8 malam itu turut disiarkan di beberapa stesen TV tempatan. -SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button