Nasionalpilihan

1,500 hadir berbuka puasa bersama TPM

HAMPIR 1,500 orang yang terdiri daripada pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat telah diraikan dalam satu majlis iftar yang diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kg. Pulai, Serkam, Melaka hari ini.

Majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidZahid Hamidi menjadi lokasi ketiga daripada 13 negeri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bermula pada 24 Mac lalu.

Lokasi pertama diadakan pada hari kedua Ramadan di Masjid Batu 8, Gombak, Selangor.

Selain merapatkan jalinan ukhwah di antara pihak KKDW dengan masyarakat, Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada lapan pusat tahfiz berserta duit raya dan lima geran daripada RISDA bernilai RM60,000.

Geran tersebut bertujuan membantu menjana pendapatan penduduk setempat di musim perayaan ini.

KKDW juga turut menyerahkan bantuan kit peralatan Quick Win KEMAS bidang masakan pastri kepada Ahmad Amirul Fuad Ajis bernilai RM4,000 dan seorang lagi peserta dalam bidang jahitan, Noraini Md Lajis menerima bantuan kit peralatan bernilai RM4,000.

Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW berikutnya akan diadakan
di Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah/ Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan dan berakhir di Sarawak. – SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button