Mahkamah

Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Pulau Pinang

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya berhubung suapan bernilai RM3.3 juta.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa menggunakan kedudukannya meminta suapan tersebut bagi dirinya untuk melantik sebuah syarikat bagi menjalankan projek infrastruktur di Pulau Pinang.

Beliau dituduh berbuat demikian bagi membantu syarikat terbabit untuk menjalankan projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di negeri itu.

Guan Eng dituduh berbuat demikian dekat bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Memetik laporan MalaysiaGazette hari ini, ketika dihadapan hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Azhari Abdul Hamid, Guan Eng dikatakan bersikap bersahaja ketika membuat pengakuan.

BACA > Judi: Mustahil pemilik Hot Burger memfitnah, kata bekas menteri KDN – Suara Merdeka

Beliau kemudian meminta pertuduhan tersebut dibicarakan.

Mengikut fakta kes, Guan Eng dituduh menerima suapan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli.

Syarikat berkenaan dilantik bagi melaksanakan projek infrastruktur di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion itu.

Sementara laporan The Edge Markets memaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memohon hakim mengenakan ikat jamin terhadap tertuduh.

Lapornya lagi, beliau turut meminta prosiding dipindahkan ke mahkamah Kuala Lumpur.

Ahmad Azhari kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menetapkan sebutan semula pada 9 September nanti.

Terdahulu, Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth pada pukul 8.50 pagi sambil ditemani ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya yang juga merupakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

BACA > Pendaftaran PN: Ada pihak cuba keruhkan hubungan Pas, UMNO – Suara Merdeka

Hadir bersama adalah isterinya, Betty Chew dan anak Marcus Lim.

Setiausaha Agung DAP itu dituduh mengikut Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan ataupun RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan diketuai Ahmad Akram, sementara pembelaan pula diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

Turut bersama mewakili Guan Eng adalah peguam RSN Rayer dan V. Vemal Arasan.

Jumaat lalu, Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan mengaku tidak bersalah apabila dituduh meminta suapan 10 peratus di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau dituduh meminta suapan tersebut daripada syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

BACA > Guan Eng dituduh terima suapan RM3.3 juta – Suara Merdeka

Suapan itu dipercayai bagi membantu syarikat berkenaan dilantik bagi menjalankan projek Pembinaan Jalan – Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Beliau dituduh dihadapan hakim Azura Alwi di bawah Seksyen 16 (a)(A), Akta SPRM 2009. – SM

 

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button