Politik

Kolaborasi Pejuang-Bersatu: Boleh dipertimbangkan, kata Muhyiddin

PRESIDEN parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bersedia mempertimbanggkan tawaran Pejuang untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhyiddin berkata, sekiranya Pejuang serius, Bersatu boleh berbincang walaupun setakat ini, tiada sesiapa daripada pihak Pejuang yang menghubungi beliau.

“Setakat ini, tiada pihak yang menghubungi saya berhubung kerjasama itu kecuali perbincangan yang pernah dibuat pada awal dahulu,” katanya ketika ditanya pemberita usai majlis merasmikan Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial dan sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Tegas Muhyiddin, “tiada pihak yang berhubung dengan beliau mengenai soal tersebut dan lagipun, kita sudah berada dalam fasa persiapan. Jadi, saya tidak tahu kalau ada cadangan berkenaan perkara itu.”

Sebelum ini, Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama politik dengan parti lain yang ingin menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan lagi bilakah tarikh PRU15.

Tun Mahathir tidak menamakan mana-mana parti tetapi menyatakan kesanggupan untuk mengadakan kerjasama dan menyelamatkan negara daripada pemerintahan UMNO. – SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button