Nasional

Bekalan air di Selangor pulih berperingkat

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual yang berlaku dekat sebahagian besar kawasan di Selangor dilaporkan beransur pulih.

Ia berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor dan Rantau Panjang beroperasi semula sejak malam tadi secara berperingkat.

Kesemua loji tersebut dikatakan perlu menjalani proses pencucian selama 10 jam ekoran pencemaran yang berlaku terhadap sumber bekalan air.

“Keempat-empat LRA ini mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman disetiap bahagian proses rawatan.

“Ia bagi memastikan LRA dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras empat meter.

“Ia dijangka selesai pada pukul 8.30 pagi tadi sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna.

“Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.”

Demikian kenyataan Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri hari ini berhubung perkembangan bekalan air yang tergendala.

Terdahulu, Air Selangor menjangkakan gangguan bekalan tidak berjadual di 1,292 kawasan berikutan pencemaran sumber air mentah.

Pencemaran tersebut menyebabkan henti tugas LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3, dan Rantau Panjang .

Malah, gangguan ini terdahulu dijangkakan berlanjutan sehingga tiga atau empat hari.

Bagaimanapun, Air Selangor dilihat komited untuk memberi bantuan bekalan air menerusi penghantaran menggunakan lori tangki kepada penduduk terjejas.

“Air Selangor telah mendapat bantuan sembilan lori tangki daripada operator air negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

“Selain itu, turut menerima bantuan daripada Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ).

“Ia bertujuan membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas.

“Bantuan bekalan air kecemasan telah dilaksanakn oleh Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk sembilan dari operator negeri lain.

“Air Selangor turut menyediakn 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum lima liter kepada para pengguna terjejas,” jelasnya. – SM

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button