AgamaNasional

Jemaah umrah jangan salah guna Visa Pelancong dan Visa Umrah

BAKAL jemaah umrah Malaysia diberi peringatan agar tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah dengan tujuan untuk menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada minggu ketiga bulan depan.

Peringatan itu dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang turut memberi amaran tindakan menyalahguna visa menyalahi peraturan kerajaan Arab Saudi.

MOTAC turut menegaskan, kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi berwibawa seperti Lembaga Tabung Haji (TH).

“Peringatan ini diuar-uarkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa (overstay) sehingga masuk ke musim haji.

“Tindakan ini merupakan pelanggaran di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi, yang melarang melakukan ibadah haji tanpa memiliki permit yang sah,” kata MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, MOTAC juga mengingatkan syarikat pengendali umrah dan jemaah supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum musim haji.

MOTAC sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen kepada agensi pelancongan dalam bidang umrah mengingatkan mereka agar mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Kementerian itu memandang isu ini dengan serius kerana melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah serta untuk mencegah terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku, selain menjaga hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin.

Dalam pada itu, MOTAC juga menasihati rakyat Malaysia yang melancong dan mengerjakan umrah untuk sentiasa menjaga nama baik negara ketika berada di luar negara. – SM

BACA Isu lonjakan kos umrah, MOTAC – Arab Saudi perlu berunding

BACA Belanja RM30 menangi pakej mengerjakan ibadah umrah

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button