BeritaPendidikan

Graduan Sebak Terima Anugerah Canselor kerana Terkenang Ayah Yang Baru Meninggal Dunia

Cyberjaya, 5 Disember 2022 – Penerima Anugerah Canselor Universiti Multimedia (MMU) berasa sebak hingga menitiskan air mata ketika berucap selepas menerima anugerah tertinggi universiti itu di Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) 2022 di sini baru-baru ini.

Siti Syuhada Jamila Jailani tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis di atas pentas apabila beliau mengimbau peristiwa ayahnya meninggal dunia beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir dalam pengajiannya pada Julai 2022.

“Bila saya terkenangkan perkara ini, ia amat menyayat hati. Tidak pernah saya bayangkan tempat duduk kosong di sebelah ibu saya pada hari ini. Saya masih berharap agar ayah saya akan berada di sini untuk meraikan saya menamatkan pengajian saya. Saya masih berharap bahawa ayah akan berkata, ‘Kakak, ayah sangat bangga dengan kakak”. Tetapi itu tidak akan berlaku,” katanya sambil mengesat air matanya.

Nur Syuhada adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, menerima Anugerah Canselor daripada Pro-Canselor, YBhg. Academician Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid at Dewan Tun Canselor, MMU. Majlis tersebut telah diadakan dari 26 hingga 28 November 2022.


Lulus dengan PNGK 3.93, Siti Syuhada berkata, dia berasa bersyukur mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapanya sentiasa memberi dorongan dan inspirasi untuk melakar kejayaan berkenaan.

Beliau ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar wanita pertama di MMU, dan pernah mewakili Malaysia untuk Parlimen Komanwel Belia Ke-11 2022 dan kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bawal Exclusive Sdn. Bhd. Bapanya, Allahyarham Dato’ Jailani Ngah, adalah bekas Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Analitikal, dengan PNGK 3.98, Neha Bhubhindar Singh amat bersyukur kerana dipilih sebagai penerima Anugerah Presiden bagi Kelas 2022. “Pendedahan, dan peluang yang kami terima dalam MMU telah membentuk kita menjadi siapa kita hari ini. Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kemahiran insaniah dan teknikal yang diperolehi akan memberi manfaat kepada kami pada masa hadapan,” katanya.

Pendatang baru dalam industri muzik dengan lagu bertajuk, Casablanca, yang telah mencapai 5 juta penonton di Youtube dan 2.4 juta pengunjung di Spotify dari banyak negara, Nuha Bahrin atau Nuha Sakinah Saiful Bahrin, adalah antara graduan sarjana muda semasa majlis konvokesyen.

Lulusan Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian) dengan Ijazah Kelas Pertama dan 3.7 PNGK, Nuha Bahrin berkata, dia mendedikasikan kejayaan itu kepada ibu bapanya yang memberikan sokongan berterusan sepanjang pengajian dan aktiviti muzik.

“Saya perlu mengimbangi aktiviti saya dengan sentiasa meletakkan pelajaran pada keutamaan nombor 1. Ibu bapa saya tak pernah jemu untuk memberi nasihat dan motivasi setiap kali saya memerlukan bimbingan,” katanya.

Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud, Presiden MMU mengingatkan para graduan supaya menjunjung sifat-sifat alumni MMU iaitu, Inquire, Inspire, dan Innovate yang diterapkan oleh universiti.

Dia menyifatkan sifat-sifat itu sebagai khazanah bonus dikumpul semasa para graduan memburu kecemerlangan akademik di MMU.

MMU meraikan 3,277 graduan Kelas 2022 dalam majlis Istiadat Konvokesyen ke-23 dalam acara yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 26 November 2022. Majlis itu menyaksikan 2,303 graduan Ijazah Sarjana Muda, 815 graduan Diploma, 116 graduan Ijazah Sarjana, dan 43 graduan Ph.D menerima skrol daripada Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid. Beliau turut menyampaikan 10 Anugerah Permata kepada graduan cemerlang dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan, perniagaan dan kreatif.

 

(Visited 322 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button