AgamaNasionalpilihan

Raja Muda hargai penyumbang zakat melalui MAIPs

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas budi baik dan murah hati para penyumbang zakat melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dalam masa sama, Baginda memperingatkan mereka yang masih belum menunaikan kewajipan berzakat agar dapat berbuat demikian bagi menggunakan kesempatan di akhir tahun ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Syed Sirajuddin Areeb Putra (kiri) berkenan berbual dengan salah seorang penerima sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua di majlis penyampaian sumbangan zakat MAIPs kepada 140 asnaf terpilih yang di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra sambil disaksikan Syed Sirajuddin Areeb Putra (kanan) semasa berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

70 daripada yang menerima sumbangan ialah dari Kariah Padang Melangit dan 70 lagi dari Kariah Alwi, Kangar.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang daripada MAIPs dan jumlah penuh diagihkan pada kali ini ialah RM98,000. – SM

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah kepada para asnaf terpilih semasa majlis sumbangan zakat MAIPs di Masjid Al-A’la, Behor Temak, Kangar baru-baru ini.

Artikel berkaitan > Agama menjadi asas kehidupan – Raja Muda Perlis

 

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button