Nasional

Graduan PSAS catat kebolehpasaran membanggakan

Seramai 1,214 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang berjaya bergraduat sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-19 institusi berkenaan baru-baru ini mencatat kebolehpasaran membanggakan.

Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke- 19 PSAS berlangsung sebanyak empat sidang yang melibatkan graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, dan Jabatan Kejuruteraan Awam.

Dr. Mohd Zahari (depan, tengah) bersama pengurusan tertinggi PSAS.

Istiadat pada kali ini, katanya, melibatkan seramai 1,214 graduan yang berlangsung pada sesi kali ini adalah graduan bagi Sesi I:2021/2022, Sesi II:2021/2022 dan Sesi Akademik II : 2021/2022.

Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti , Dr. Mohd Zahari Ismail dalam ucapan perasmiannya yakin PSAS menitikberatkan nilai-nilai insan yang murni dan juga memperkasakan budaya kualiti yang menjadi elemen penting untuk diaplikasikan oleh graduan.

Graduan PSAS gembira dapat menamatkan pengajian mereka.

Katanya, Polisi Automotif Negara 2020 (NAP2020) yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebanyak 323,000 peluang perkejaan baru akan diwujudkan dalam industri automotif.

“Majoriti peluang pekerjaan baru ini adalah terdiri daripada bidang berteknologi tinggi seperti robotics, internet of things (IoT) dan Mobility-as-a-Service atau M.a.a.S yang bakal menjadi penggerak utama kepada ekosistem automotif di masa hadapan,” katanya.

Pengarah PSAS, Mohd Zubir Mohd Hanifah.

Pengarah PSAS, Mohd Zubir Mohd Hanifah berkata sehingga tahun 2021, Kajian Pengesanan Graduan PSAS mencatatkan 61% graduan sudah bekerja, 25.0% melanjutkan pengajian serta 0.40% sedang mengikuti program peningkatan kemahiran.

“Keupayaan graduan PSAS mengisi pasaran pekerjaan menunjukkan bahawa apa yang diketengahkan dalam penyampaian latihan dan intipadi akademik adalah relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan semasa,” katanya.

Beliau berkata PSAS bersama pensyarahnya terus memperkasa bidang penyelidikan (R&D) dengan menubuhkan beberapa pusat kecemerlangan yang menjurus kepada kepakaran akademik dengan  mengadakan siri bengkel, seminar dan konvensyen yang mendepani isu-isu semasa khususnya isu berkaitan pemantapan bidang TVET di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Hadir sama Ketua Senggaraan, Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Insenior Musa Misnan; Pengerusi, Koperasi Dewan Melayu Selangor Berhad, Onnie Zurin Abu, , serta Pengarah Urusan Dynamic Excellent Consultancy, Insenior Teknologis Fait Hanapi.

Tiga graduan dianugerahi Anugerah Pengarah iaitu penganugerahan tertinggi untuk graduan terbaik dalam kategori penerima anugerah kecemerlangan akademik dan kokurikulum iaitu Muhammad Irfan Fariel Danial Mohd Sukri bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Reka Bentuk Automotif (Dengan Kepujian), Noráini Binti Azwir dan Adham Shubli Bin Mat Deris dari program Diploma Akauntansi.

Dua pelajar menerima Anugerah Anumerta iaitu Allahyarham Muhamad Adam Izham Idrus untuk Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Rekabentuk Automotif (Dengan Kepujian) yang diterima oleh ibunya, Noorazah Noordin, bersama adik , Nurizatul Anis Idrus.

Anugerah anumerta turut diberikan kepada mendiang Vignes Rao A/L Ram Mohan Rao, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik yang diwakili oleh Penasihat Akademik mendiang, Norhasnina Mokhtar.

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button