Ekonomi

Hasleen dilantik CEO SPNB

DATUK Hasleen Isnin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB).

Pelantikan beliau bagi tempoh dua tahun adalah bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Azizi Ali yang
telah tamat tempoh perkhidmatan.

Hasleen mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam sektor perbankan dan komersial.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Perbadanan PRIMA Malaysia dari tahun 2012 sehingga tahun 2016.

Hasleen juga pernah berkhidmat di pelbagai institusi kewangan serta syarikat multinasional seperti Citibank Berhad dan Malaysian International Merchant Bankers Berhad dengan memegang jawatan di peringkat pengurusan.

Beliau juga bekas Pengarah di Pejabat Presiden semasa berkhidmat di Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Selain itu dia juga pernah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah di beberapa buah syarikat seperti New Straits Times Press (NSTP), AMI Insurance, Business Day Co. Ltd (Thailand) dan kini beliau merupakan Lembaga Pengarah Perbadanan PRIMA Malaysia.

Hasleen berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Ekonomi dan Ijazah Sarjana Kewangan dari Washington University, St. Louis, Amerika Syarikat.-SM

(Visited 1,005 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button