Hiburanpilihan

Gosip kononnya Dayeon Kep1er dan Won Ciipher bercinta timbulkan persoalan!

ENTAH dari mana datangnya gosip membabitkan dua penyanyi idola muda, Dayeon Kep1er dan Won Ciipher yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Khabar angin tersebut mula mendapat perhatian meluas peminat dan media apabila sebuah portal melaporkannya pada minggu lalu.

Laporan berkenaan menulis, banyak perkongsian dalam Instagram dua penyanyi itu menjurus ke arah petunjuk bahawa mereka sememangnya sedang bercinta.

Antaranya, Dayeon dan Won memakai baju serta mengunjungi lokasi yang sama.

Sedar bahang dakwaan tersebut berlegar dalam internet, agensi kedua-dua penyanyi itu tampil dengan kenyataan balasan untuk tuduhan berkenaan.

Agensi CJ ENM dan Rain Company masing-masing mengambil langkah selamat dengan berkata, mereka sukar memberi kepastian (sama ada kedua-duanya benar bercinta atau tidak) kerana itu adalah hal peribadi artis.

“Sukar untuk kami sahkan kerana ini melibatkan hal peribadi mereka,” respons CJ ENM dan Rain Company ringkas.

 

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button