Luar Negara

Google lumpuhkan data trafik Peta Google di Ukraine

SAN FRANCISCO: Google Alphabet Inc mengesahkan pada Ahad lalu ia telah melumpuhkan Peta Google yang memberikan maklumat langsung tentang keadaan trafik buat sementara waktu di Ukraine.

Syarikat itu berkata ia telah mengambil tindakan melumpuhkan lapisan trafik Peta Google secara global dan maklumat langsung tentang betapa sibuknya tempat seperti kedai dan restoran di Ukraine untuk keselamatan komuniti tempatan di negara itu, selepas berunding dengan sumber termasuk pihak berkuasa wilayah.

Ukraine berdepan serangan daripada tentera Rusia yang menceroboh negara itu pada Khamis. Ketika peluru berpandu jatuh ke bandar-bandar Ukraine, hampir 400,000 orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak, telah melarikan diri ke negara jiran.

Rusia menggelar tindakannya di Ukraine sebagai “operasi khas”.

Syarikat teknologi besar termasuk Google telah berkata mereka mengambil langkah baharu untuk melindungi keselamatan pengguna di rantau ini.


Perkhidmatan dalam talian dan laman media sosial juga telah di analisis oleh penyelidik yang menyusun aktiviti sekitar perang.

Seorang profesor di Institut Pengajian Antarabangsa Middlebury California berkata Peta Google membantunya menjejaki “kesesakan lalu lintas” yang sebenarnya adalah pergerakan Rusia ke arah sempadan beberapa jam sebelum Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan serangan itu.

Google berkata maklumat trafik langsung kekal tersedia kepada pemandu menggunakan ciri navigasi di kawasan itu.

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button