Nasional

Golongan professional, pakar ekonomi dilantik anggotai badan penasihat khas – PM

SEBANYAK lima pakar ekonomi dilantik menganggotai badan penasihat khas bagi menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan.

Ujar Perdana Menteri, badan penasihat khas itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

“Selain Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato’ Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato’ Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung pelantikan lima individu penting yang terdiri daripada golongan professional serta pakar ekonomi.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa pelantikan kelima-lima individu itu bukanlah suatu pembaziran yang melibatkan wang rakyat.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button