Nasional

Di sini saya tidak memihak, tegas Johari Abdul

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya tidak melibatkan beliau dalam sebarang permainan politik.

Katanya, tugas beliau ialah menguruskan persidangan supaya ia berjalan dengan lancar.

Johari berkata beliau akan terus berlaku adil dalam mengendalikan perkara itu, tanpa mengira sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun pembangkang.
“Saya di sini tidak memihak, di sebelah kanan saya bertanggungjawab, di sebelah kiri juga saya bertanggungjawab. Saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan mengendalikan perjalanan (Parlimen) agar keputusan yang diambil memanfaatkan rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang memohon petuanya berkaitan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang disifatkan menghentam beliau di luar dewan, seperti disiarkan oleh sebuah portal baru-baru ini.
Dalam laporan itu, Hamzah berkata pihak pembangkang diperlakukan dengan tidak adil di Dewan Rakyat, selain turut menempelak Johari sebagai speaker pertama dilantik tanpa latar belakang perundangan. – SM
(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button