Sukan

Gol Oliver Burke kejutkan Manchester United

MANCHESTER United kehilangan sentuhan, Sheffield United pula mengagumkan sebagai antara pasukan menghuni tangga terbawah apabila jaringan pemain gantian Oliver Burke pada minit 74 merumuskan pasukan tuan rumah memang layak untuk tewas.

David de Gea gagal mengeluarkan bola dari zon bahaya sebalik memberikan bola kepada John Lundstram di kawasan gol. Pelawat diberikan banyak masa untuk bertindak, malah selepas Burke melepaskan rembatan tiada tekanan diberikan oleh pertahanan United kepada pemain itu.

Begitu juga dengan gol pertama lawan hasil daripada kesilapan pertahanan, boleh tinggi dari sepakan percuma dimanfaatkan oleh Kean Bryan. Walaupun Harry Maguire berjaya menyamakan kedudukan dan Edinson Cavani melepaskan peluang pada lewat perlawanan, Sheffield pulang dengan tiga mata berharga.

Ole GUna Solkskjaer mungkin boleh berterima kasih kepada Leicester City di tangga ketika yang gagal meraih mata di Everton tetapi Manchester City kini tentunya lega dengan kemungkinan akan mendahului dengan empat mata jika mereka menang perlawanan yang berbaki di tangan.

 

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button