Lifestyle

Dari kejatuhan ke kebangkitan, Wahida Ismail bangkit bersama Glow Skin

PENGASAS product kecantikan Wahida Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ka Wa, dari Timur, kembali bangkit selepas hampir menghadapi kegagalan perniagaan dengan kerugian hampir RM700,000.

Beliau mengakui pernah berdepan cabaran besar, termasuk isu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, kejadian itu menjadi titik tolak buatnya untuk bangkit dengan memperkenalkan produk baharu yang dihasilkan bersama pakar dermatologi berpengalaman lebih 30 tahun, menggunakan bahan semula jadi.

Ka Wa bersama suami

‘’Sebelum ini, Ka Wa bermula tanpa ilmu yang mencukupi. Bila nampak OEM, saya terus PM tanpa tahu sama ada produk tersebut menjalani R&D atau tidak. Malangnya, ada produk yang mengandungi merkuri dan tidak selamat digunakan. Bila terkena, kami benar-benar terduduk.

“Ada stokies yang meninggalkan kami, tetapi saya faham kerana produk sebelum ini tidak boleh dijual. Kini, saya memperkenalkan produk baharu iaitu Glow Skin, produk yang suci dan telah disahkan selamat oleh KKM,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam gala di Damansara baru-baru ini.

Kak Wa juga berharap dengan adanya product ini dapat diterima baik dan positif oleh orang ramai.

Glow Skin: Penyelesaian Kulit dengan Teknologi Terkini. 

Glow Skin diperbuat berasaskan tumbuhan dan bebas merkuri

Glow Skin menawarkan lapan produk berbeza yang dirumus khas untuk memenuhi pelbagai keperluan kulit, termasuk kulit berjeragat, berjerawat, kulit normal, dan juga penjagaan kulit secara menyeluruh.

Berbeza dengan produk sebelumnya, Glow Skin dihasilkan di kilang OEM profesional terkemuka di Malaysia, menggunakan teknologi moden. Produk ini juga telah melalui proses R&D dan kawalan kualiti (QC) yang ketat untuk memastikan ia selamat, berkualiti tinggi, dan dipercayai pengguna.

Pasukan jualan Glow Skin

Artikle Bekaitan :>

Formula Kyut Skin dari Korea Selatan

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button