fbpx
AksesoriAuto Travel

GIVI lancar helmet edisi baharu M10.1 Acqua

GIVI adalah salah satu jenama terkemuka di dunia dalam industri motosikal dan terkenal di seluruh dunia kerana pelbagai aksesori motosikal berkualiti tinggi. GIVI ASIA adalah sebahagian daripada Keluarga GIVI, Syarikat Global yang ditubuhkan pada tahun 1978 di Flero (Brescia), Itali, berkat inisiatif Encik Giuseppe Visenzi, bekas pelumba motosikal. Hari ini, GIVI adalah Syarikat Global yang beroperasi di lebih dari 85 negara dengan rangkaian pengedarannya yang luas.

Artikel kali ini mengetengahkan helmet GIVI model M10.1 Acqua dengan kemasan warna Soda Black Metallic. Helmet ini juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna lain iaitu Graphic Lava Black, Graphic Lava White dan Soda Metallic Fuchsia.

Gaya retro yang ringkas tetapi tampak eksklusif ini amat sesuai digayakan dengan motorsikal cafe racer atau klasik. Helmet M10.1 Acqua ini sangat ringan dan dilengkapi dengan sun visor sesuai dengan iklim Malaysia yang panas. Ciri-ciri lain termasuk tali pinggang keledar Micrometric untuk kemudahan penggunaan dan saiz yang tersedia dari S hingga XL. Kesemua helmet GIVI yang dijual di Malaysia mematuhi piawaian helmet ECE Eropah supaya anda dapat menunggang motorsikal dengan rasa selamat dan tenang.

Dan yang paling menarik sekali, anda boleh memiliki helmet yang cantik dan berkualiti tinggi dari Itali ini dengan harga bermula dari RM230 sahaja!


Ayuh kita ke kedai pengedar sah GIVI yang berhampiran untuk memiliki helmet retro ini sebelum kehabisan!!

Dipetik dari: https://www.enjindot.com/

Show More

Related Articles

Back to top button