fbpx
Sukan

Atlet gimrama, Izzah pertahan acara bola

ATLET gimrama muda negara, Izzah Amzan mempamerkan aksi memukau untuk mempertahankan pingat emas acara aparatus bola Sukan SEA di Rizal Memorial Coliseum, hari ini.

Atlet berusia 19 tahun itu merangkul emas selepas meraih 17.800 mata, manakala seorang lagi atlet negara, Koi Sie Yan menamatkan saingan di tempat kelima dengan 14.200 mata.

Thailand meraih pingat perak menerusi Nat Kulsanawong dengan 16.300 mata, manakala peserta tuan rumah, Daniela Reggie Dela Pisa meraih gangsa dengan 16.300 mata.

Terdahulu pada acara gelung, Izzah (16.500) dan Amy Kwan Dict Wen (15.900) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa, manakala Daniela menggondol emas dengan 17.750 mata.

Pada Sukan SEA KL 2017, skuad gimrama negara menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button