Hiburan

Fiza Halim (bekas anggota Elite) difitnah lakukan khidmat seks

AGAK lama tidak kedengaran kisah bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim. Tiba-tiba sahaja, namanya panas di media sosial Instagram (IG) kerana dikatakan melakukan perubatan yang amat tidak senonoh di dalam bilik air di sebuah hotel.

Tuduhan itu dilemparkan terhadap Fiza dan pelanggannya dan semestinya dinafikan oleh empunya tubuh serta menganggapnya sebagai fitnah.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim mengakui, apabila keluar cerita panas yang mengaitkan dirinya itu, pada mulanya dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

Mungkin tindakan berdiam diri itu adalah pendekatan yang dipelajarinya serta pengalaman sepanjang menjadi artis.

“Mulanya saya mahu mendiamkan diri memandangkan ibu sedang terlantar sakit. Kalau ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak apa apa.

“Saya tahu tentang fitnah itu pun disebabkan peminat yang hantar kepada saya.

“Kalau saya diam sahaja, orang mungkin menganggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata, tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa,” katanya.

Fiza harus tabah dengan tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya memandangkan ibunya disahkan mengidap kanser usus tahap tiga.

“Ibu saya dahlah tengah sakit. Dia baharu sahaja disahkan mengidap kanser usus, tahap tiga. Tiba-tiba datang pula masalah lain,” katanya seperti mana dilaporkan MH Daily.

Fiza, 41, berkata, dia tidak akan melakukan perbuatan keji seperti itu yang menconteng arang ke mukanya sendiri dan keluarga.

“Boleh fikir sendiri, lojik ke tidak. Takkanlah saya nak buat maksiat di tempat umum dan memalukan diri sendiri dengan berkongsi pula di laman sosial.

“Agak-agaklah kalau nak sebar fitnah…sampai macam tu sekali. Sangat melampau,” kata ibu muda ini.

Tetap memelihara air muka dan maruah keluarga, Fiza enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebar fitnah itu kerana menyedari ramai iri hati melihat kebahagiannya.

“Saya tak tahu siapakah penyebar fitnah ini dan apakah motifnya. Saya tidak berani nak tuduh sesiapa kerana ramai yang dengki tengok kebahagiaan kita,” katanya.

Sebelum ini ada hantaran di laman sosial menunjukkan paparan skrin beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk perkhidmatan seks. – SM

(Visited 1,251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button