BeritaNasional

Gesaan Motac ambil tindakan tegas ke atas penganjur tatoo separuh bogel

 

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) digesa untuk mengambil tindakan tegas dan mengantung permit penganjur Tatoo Malaysia Expo 2019.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Mohamad Zamir Ghazali berkata Pemuda AMANAH Terengganu kesal dengan penganjuran pertandingan tatto yang memperagakan peserta separuh bogel di khalayak ramai bukan identiti negara ini.

“Pertandingan seumpama tidak mengambarkan identiti Malaysia dan sekalipun ia acara peringkat antarabangsa.

“Program sedemikian merupakan satu tamparan buat Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan kesopanan dan kesusilaan sebagai rukun utama negara,” ujarnya dalam kenyataan.

Katanya lagi pihak penganjur seharusnya lebih lebih peka, terhadap sensitiviti masyarakat terutamanya orang Melayu.

“Pemuda Amanah Terengganu turut menggesa sebarang penganjuran program seumpama ini tidak berlaku lagi tidak kira sama ada ia dijalankan secara tertutup apatah lagi secara terbuka,” ujarnya.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dipetik berkata, beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementeriannya iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tersebut.

Kata Mohammadin apa yang ditontonkan kepada khalayak negara ini, tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button