NasionalParlimen

Menu Rahmah dijangka dapat sambutan baik semua pihak

KERAJAAN yakin dengan inisiatif Menu Rahmah dijangka akan terus menerima sambutan baik daripada golongan pengusaha makanan dan rakyat.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini adalah usaha Kerajaan Perpaduan bagi menangani kenaikan kos sara hidup dengan memperkenalkan Konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan.

“Salah satunya ialah Inisiatif Menu Rahmah yang menganjurkan jualan set hidangan pada harga hanya 5 ringgit,” kata Anwar pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.

“Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini di setiap kawasan Parlimen,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluaskan program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak, Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button