NasionalNegeri

Peniaga SACC Mall, Kompleks PKNS rayu Prec kotakan janji

PENIAGA-PENIAGA di pusat beli belah Kompleks PKNS serta SACC Mall menggesa pengurusannya mengotakan janji berhubung sewaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka menuntut janji sedemikian ketika negara dilanda wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) memaksa beberapa sektor ekonomi ditutup bermula 18 Mac lalu.

Justeru, peniaga-peniaga di sana tidak terkecuali daripada perintah tersebut menyebabkan perniagaan mereka turut terjejas.

Justeru, mereka meminta supaya pengurusan, PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (Prec) supaya mengotakan janji serta memberi pengecualian sewa kepada peniaga.

“Pada peringkat awal, kami dijanjikan untuk mendapat pengurangan bayaran sewa sebanyak 50 peratus bagi bulan April dan Mei.

BACA > Lelaki terperangkap dalam banjir kilat di Cheras — Suara Merdeka

“Tiba-tiba kami dimaklumkan dalam satu surat mengatakan perlu bayar sewa bagi bulan Mei pada kadar potongan sebanyak 30 peratus.”

Demikian kata Pengerusi Badan Bertindak SACC Mall, Nora Malikiaman dan Pengerusi sementara Badan Bertindak Peniaga dan Penyewa Kompleks PKNS, Latifah Jalil kepada pemberita ketika sidang akhbar di Kompleks PKNS, Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun wujud kekeliruan dalam penyelesaian bayaran sewa antara Kompleks PKNS dan SACC Mall ketika PKP.

Menurut mereka, pihak Prec juga berjanji untuk memberikan potongan sewa sebanyak 50 peratus sepanjang enam bulan bermula April lalu.

“Semua janji yang dikatakan adalah secara ‘cakap mulut’.

“Mereka juga berjanji untuk beri potongan 50 peratus bayaran sewa selama enam bulan.

BACA > Kumpulan kedua 40 jemaah tabligh tiba dari India — Suara Merdeka

“Tetapi dalam pertemuan dengan pengurusan itu juga kami meminta supaya diberikan potongan selama 12 bulan dan mereka kata akan pertimbangkan,” jelasnya.

Namun, kata mereka perkara sebaliknya pula berlaku apabila syarikat pengurusan di bawah PKNS itu memberi maklumbalas yang tidak memuaskan.

Pengurusan dikatakan bersetuju memberi potongan separuh harga pada kadar bayar sewa selama enam bulan.

“Tiba-tiba mereka kata perlu membayar balik potongan yang diberi sepanjang enam bulan April hingga Ogos.

“Bermakna bermula September ini sehingga Februari tahun hadapan, kami kena bayar balik potongan yang diberi sebanyak 50 peratus.

“Jadi, macam kadar sewa yang perlu dibayar setiap bulan adalah pada kadar sebulan setengah. Baik tak payah bagi!,” luah Nora dan Latifah.

Dalam pada itu, pengurusan juga dikatakan menawarkan tapak promosi di tingkat bawah Kompleks PKNS sebagai bantuan kepada peniaga.

BACA > Penganjuran WCWC2020 kekal guna nama sama — Suara Merdeka

Namun, tawaran itu ditolak kerana tidak menyesaikan isu pokok kepada masalah bayaran sewa itu.

“Sepanjang tempoh PKP, kedai tidak buka. Kemudian sekarang pelanggan pun tak ramai jualan pun sangat kurang.

“Ada kedai yang langsung tidak ada pelanggan. Kadar jualan sejak PKP jatuh 70 hingga 90 peratus.

“Jadi bantuan bayaran sewa yang diperlukan, sebab ada pusat beli belah lain memberikan pengecualian bayaran sehingga tiga bulan.

“Pemberian tapak promosi juga tidak menjanjikan kedatangan pelanggan dan besar kemungkinan tidak mampu menampung kerugian sepanjang PKP.

“Takkan pejabat peguam, pesuruhjaya sumpah boleh dapat pelanggan dengan menyertai tapak promosi? Memang mengarut.

“Lebih menggelikan hati bila mereka kata kalau tak mampu bayar sewa, boleh bayar guna pakaian atau produk jualan sebagai ganti,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) pada awal Jun.

BACA > Tergamak tipu orang guna nama anak yatim — Suara Merdeka

Sejak itu beberapa premis perniagaan dibenarkan beroperasi dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi penjarakan sosial. – SM

(Visited 699 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button