Uncategorized

Calon PN Bukit Kepong puas hati proses pengundian awal

PAGOH 8 Mac – Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal meluangkan masa meninjau proses pengundian awal di Balai Polis Pagoh dan Balai Polis Gersik.

Selepas bersarapan di pekan Pagoh, beliau melawat dan meninjau perjalanan pengundian awal di Balai Polis Pagoh membabitkan seramai 26 anggota dan pegawai kira-kira pukul 9.30 pagi.

Proses pengundian awal tersebut bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Selepas itu beliau meninjau pula di Balai Polis Gersik yang membabitkan seramai 65 pegawai dan anggota membuang undi.

Dr. Sahruddin berkata, beliau puashati dengan perjalanan proses pengundian awal di dua lokasi tersebut.

“Proses pengundian berjalan lancar dan tidak ada apa-apa berlaku,” ujarnya.

Pelaksanaan undi awal itu juga dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 antaranya, penjarakan satu meter dan pemakaian pelitup muka.

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button