Jenayah

Geng Karu akhirnya tumpas

GENG Karu yang aktif melakukan aktiviti jenayah samun dan pecah rumah sejak awal tahun lalu tumpas selepas ahlinya ditahan di sekitar Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, lapan ahli geng tersebut termasuk tiga wanita telah ditahan.

“Kesemua suspek berusia 15 hingga 37 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di Bandar Sri Damansara, Taman Datuk Ahmad Razali Ampang, Jalan Bunga Tanjung dan Pangsapuri Program Perumahan Rakyak(PPR) Seksyen 26 Shah Alam, Bandar Baru Sungai Buloh dan rumah kustar Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lalu dan berakhir semalam.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah pelbagai barangan antaranya barangan kemas, televisyen dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM80,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, hari ini.

karu
Antara barangan kemas yang dirampas.

Menurut Shafa’aton, hasil siasatan mendapati ketua kumpulan yang dikenali sebagai Karu, 25, itu mensasarkan rumah kediaman, flat serta melakukan.

Jelasnya, hasil samun samun dan pecah rumah kemudian dijual kepada pajak gadai dan orang perseorangan disamping untuk kegunaan sendiri.

“Semakan rekod jenayah mendapati enam daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan samun, pecah rumah dan dadah.

BACA> Bil pembetungan dijangka naik?

“Seorang daripada mereka mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk dua kali ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat dibawah Seksyen 395 kerana samun dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. -SM

(Visited 527 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button