Lifestyle

Generali Malaysia Tawar Subsidi RM50 Insurans Motosikal untuk Golongan B40

DALAM usaha meringankan beban pemilik motosikal berpendapatan rendah, Generali Insurance Malaysia Berhad hari ini melancarkan Kempen Subsidi Motor Prihatin 2025, inisiatif berskala nasional yang menyasarkan golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

Menerusi kempen ini, Generali menawarkan subsidi sebanyak RM50 bagi pembelian polisi insurans motosikal komprehensif – yang akan ditolak terus daripada jumlah premium – khusus kepada rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang berdaftar di bawah program kerajaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), terdapat lebih 16 juta motosikal berdaftar di negara ini – merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan jumlah kenderaan di Malaysia. Menyedari kepentingan motosikal dalam kehidupan seharian rakyat, Generali tampil menyalurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang paling memerlukannya.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan komuniti B40, motosikal bukan sekadar kenderaan – ia adalah nadi kehidupan. Kempen ini mencerminkan komitmen Generali untuk mengecilkan jurang perlindungan insurans dengan menjadikan perlindungan komprehensif lebih mudah dicapai dan lebih relevan dengan kos sara hidup semasa,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Kempen ini telah bermula pada 30 Jun 2025 dan akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2025. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman rasmi kempen di Kempen Subsidi Motor Prihatin | Generali Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button