Luar Negara

Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan

ANKARA: Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Abu Obaida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam mengenal pasti tiga tawanan itu sebagai Romi Gonen, 24, Emily Damari, 28, dan Doron Steinbrecher, 31.

Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan (0630GMT) Ahad, selepas beberapa bulan serangan genosid Israel di wilayah itu.Hampir 47,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 110,700 yang lain cedera dalam konflik sejak 7 Okt 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button