Nasional

Nilai perpaduan merupakan aset negara

Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) pada hari ini bagi membincangkan isu-isu perpaduan isu-isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari pelbagai sudut serta mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada Kerajaan untuk memastikan perpaduan negara terus dipelihara agar masyarakat negara ini.

YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,

Dalam masa yang sama turut membincangkan Perpaduan Nasional (IPNas), Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI, cadangan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan cadangan pelaksanaan lafaz penuh ikrar Rukun Negara dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, di sekolah-sekolah serta institut pengajian tinggi.

Serta flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga (3) kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Program Komuniti Rahmah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, masyarakat perlu berganding bahu untuk menjayakan gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

“Usaha ini akan mempercepatkan lagi proses pembinaan negara bangsa melalui teras perpaduan yang kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran. Keutuhan perpaduan adalah kunci untuk keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara.” Katanya

YAB Pengerusi juga menasihatkan supaya rakyat Malaysia dapat menjauhi sifat ekstremis yang menabur fahaman perpecahan serta menyemarakkan api perkauman yang boleh mencetuskan perpecahan dan suasana tidak harmoni dalam negara.

YAB Pengerusi juga menekankan kepada Titah DYMM Yang DiPertuan Agong semasa majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada 21 Mei 2023 yang lalu agar nilai perpaduan dijadikan aset negara demi menjamin masa depan, mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat negara ini dan rumah dijadikan asas permulaan amalan perpaduan.

Justeru, titah Baginda mengenai tiga (3) perkara utama ini telah meletakkan perpaduan sebagai perkara asas dan perlu diberi tumpuan khusus.

Artikle Berkaitan :>

Sanusi mengaku tak bersalah pertuduhan berkaitan penubuhan Kerajaan Perpaduan

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button