Luar Negara

Gempa kuat di Indonesia Barat

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Bengkulu di Indonesia awal Selasa, tetapi tiada tsunami dijangka, kata agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik.

Gempa itu berlaku pada 1.58 pagi waktu tempatan (1858 GMT Isnin), dengan pusat gempa berada 51 km barat daya Pulau Enggano dan cetek 10 km di bawah dasar laut. Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, kata agensi itu.

“Gegaran itu dirasai di daerah Bengkulu Utara, tetapi tidak mencetuskan panik di kalangan penduduk. Setakat ini, tidak ada laporan rumah atau bangunan musnah, atau orang cedera atau terkorban,” Ketua Unit Kecemasan Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Wilayah. Khristian Hermansyah memberitahu Xinhua melalui telefon.

Pegawai itu berkata kakitangan agensi pengurusan dan mitigasi bencana tempatan akan terus menjalankan penilaian risiko.

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button