Politik

Pelbagai reaksi ucapan dasar Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pula mengajak pemimpin dan ahli parti menghayati dan memahami ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu
merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, ucapan tersebut sebenarnya banyak memberi peringatan kepada seluruh ahli parti khususnya dalam menghadapi cabaran paling penting iaitu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ucapan Ahmad Zahid mempunyai mesej-mesej dan cadangan-cadangan yang penting. Memang pada setiap
Perhimpunan Agung UMNO diadakan perkara ini akan diketengahkan.

“Apa yang diluahkan oleh Presiden UMNO sebagai ahli parti kita harus terima dengan hati terbuka,” ujarnya
ketika ditemui di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu bagi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMMO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,
Tan Sri Noh Omar berkata, ucapan dasar Presiden amat jelas kuasa membubarkan Parlimen diputuskan oleh Yang
di-Pertuan Agong.

“Begitupun, atas nasihat kabinet dan Perdana Menteri serta Yang di-Pertuan Agong yang akan buat keputusan
untuk membubarkan Parlimen,” ujarnya.

Sementara bagi Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, tiada pihak yang lebih berkuasa untuk membubarkan Parlimen melainkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Namun segala keputusan tersebut perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob,” ujarnya. -SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button