Politik

Annuar Musa digugur jawatan Setiausaha Agung BN

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Annuar yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dilantik ke jawatan tersebut pada 16 Mac lalu akan digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini dan pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.

Annuar dilantik ke jawatan tersebut pada Mac lalu menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-SM

 

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button