Luar Negara

Gempa 6.1 magnitud di Kepulauan Maluku

PETANG tadi berlaku gegaran gempa bumi pada skala 6.1 magnitud berhampiran Kepulauan Maluku, Indonesia, demikian laporan geofizik yang dikeluarkan oleh Agensi geofizik Indonesia.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau nyawa yang terkorban ekoran gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu.

“Tolong pindah dari kawasan pantai ke tanah tinggi,” kata agensi pengurusan bencana, BMKG dalam pesanan teks dengan amaran itu khusus untuk Purau Seram.

BMKG pada awalnya berkata, tiada ancaman tsunami tetapi kemudian mengubahnya selepas mendapati ombak tsunami mungkin tercetus akibat kegelinciran di dasar laut.

“Hasil model tsunami menunjukkan tiada potensi berlaku tsunami, tetapi hasil pemerhatian menunjukkan aras laut naik setinggi 0.5m,” kata BMKG dalam kenyataannya.

Menurut kenyataan itu lagi, 13 gempa susulan direkodkan selepas gempa utama berlaku dan agensi itu masih memantau keadaan.

Pegawai agensi bencana tempatan berkata, tiada laporan kecederaan atau kematian setakat ini, namun beberapa bangunan serta kemudahan awam mengalami kerosakan.

“Aras laut dilihat naik seketika, tetapi kami belum menerima laporan lanjut,” kata pegawai berkenaan, Henri Far Far.

Ratusan penduduk tempatan berlari ke bukit berhampiran kerana takut berlaku tsunami, namun ramai telah pulang ke rumah masing-masing, kata seorang pegawai agensi bencana Maluku Tengah. – SM

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button