Hiburan

Makin dibaca Al-Quran, makin aku yakin bumi itu rata – Suhaimi Saad

Sebelum ini sudah beberapa kali golongan yang pakar termasuklah angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberitahu bahawa bumi itu bulat.

Namun, bekas penyanyi kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa bumi itu adalah rata.

Perkara berkenaan dinyatakan sendiri olehnya menerusi satu status yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Makin dibaca Al Quran itu, makin aku yakin bahawa bumi ini datar. Banyak ayat yang jelas menjadi bukti dan hujjah bagi orang-orang yang benar benar mahu berfikir. Dari surah Al-Baqarah, Al-Hijr, Al-Kahfi, Annazi’at, Al-Mulk dan banyak lagi.

“Dari kisah Zulqornain, pergerakan bulan dan matahari, pergerakan awan, qiblat, keseimbangan ciptaan Allah, kisah israk mi’raj, firaun dan nabi Musa, termasuklah kisah nabi Yusyak, hadis hadis nabi tentang bumi sampailah ke tajuk mahsyar,” katanya.

Sebelum ini, Suhaimi pernah mencetuskan kontroversi apabila mencabar angkasawan negara, angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersumpah bahawa bumi adalah berbentuk sfera.

Jelas Suhaimi, ramai orang sekarang ini yang hanya membaca, tetapi tidak mahu berfikir dan mengkaji serta hanya percaya pada teori makhluk, meskipun jelas bertentangan dengan ayat-ayat Allah.

“Lebih malang lagi bila orang orang yang merasa dirinya bijak pandai itu boleh berkata, kalau bumi bulat atau datar,segitiga atau kotak pun apa kaitannya dengan kita? itu bukan isu aqidah?

“Kalau kalian masih gak percaya, ya udah. Sebagaimana kalian telah lihat pembohongan dan penyelewengan pada sejarah, sistem perbankan, sistem demokrasi, pendidikan dan isu vaksin, kalian akan lihat bahawa bumi bola juga merupakan satu lagi pembohongan yang nyata,” katanya. -SM

(Visited 2,073 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button