Nasional

PKPD dialksana di kawasan asrama Top Glove

KILANG pembuatan sarung tangan terbesar dunia Top Glove di Klang, Selangor kini dikawal ketat susulan asrama pekerjanya diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pelaksanaan perintah terbabit sehingga 30 November ini adalah susulan daripada penularan wabak Koronavirus (Covid-19) dilapor berkaitan dengan Kluster Teratai.

Oleh demikian, PKPD dilaksanakan di kawasan asrama membabitkan seramai 13,190 pekerja dan hampir 1,200 penduduk.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga dilapor akan melaksanakan ujian saringan bersasar kepada pekerja dan penduduk di kawasan terlibat.

“Sehingga 15 November 2020, jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan di kawasan ini adalah sebanyak 215 kes.”

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Top Glove, Klang, Selangor.

“Berkuat kuasa esok, 17 November 2020 sehingga 30 November 2020.”

Kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar talimat hariannya mengenai perkembangan pencegahan Covid-19 hari ini.

Tambah beliau pelaksanan PKPD itu akan memudahkan pembendungan Covid-19 di kawasan terkesan termasuk melakukan ujian saringan bersasar.

“Pelaksanaan PKPD ini membabitkan kawasan Asrama Pekerja Lelaki serta Jalan Abadi 1A/ KU8 dan Asrama Pekerja Wanita serta Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

“Pihak Top Glove juga perlu membuat saringan sepenuhnya kepada semua pekerja di kilang dan juga di asrama-asrama yang membekalkan tenaga kerja kepada kilang tersebut.”

Terdahulu, KKM melaporkan seramai 76 orang dikenalpasti positif Covid-19 daripada Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang Top Glove. – SM

 

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button