Luar Negara

Geisha: Budaya Jepun yang bakal mati dek Covid-19

RAMAI yang menyangka bahawa Geisha adalah satu pekerjaan melayan pelanggan seperti yang dilakukan seorang pelacur.

Sebenarnya tanggapan itu bertentangan sama sekali dengan skop utama kerja Geisha iaitu satu daripada budaya yang terkenal di Jepun.

Geisha sebenarnya tidak menjual tubuh badan mereka, sebaliknya menghidangkan kemahiran mereka untuk menghiburkan tetamu.

Perkara itu termasuklah bacaan puisi, persembahan hidangan teh, tarian kebudayaan dan melayan tetamu melalui komunikasi.

BACA> Mural gergasi Agong, pemimpin diconteng, ditulis perkataan keji

Namun, budaya Geisha ini nampaknya sudah semakin menguncup dan berkemungkinan besar hanya tinggal sejarah dek kerana pandemik Covid-19.

Untuk rekod, Jepun mencatatkan 24,132 kes berkaitan Covid-19 dan 985 kematian dilaporkan kerana wabak tersebut.

Bagi Ikuko yang juga seorang Geisha, ketiadaan tetamu yang hadir membuatkannya rasa lemah untuk meneruskan budaya Geisha.

jepun

“Sekarang ini nak bercakap dengan tetamu pun kena ada penjarakan sosial dua meter.

“Hendak menuangkan air teh kepada tetamu juga tidak dibenarkan walaupun itu perkara yang perlu seorang Geisha buat,” katanya seperti dilaporkan SCMP.

Kerajaan Jepun sebelum ini menghalang Geisha untuk menuangkan teh dan perlu melakukan penjarakan sosial sebanyak 2 meter bagi mengekang penularan Covid-19.

BACA> Lelaki maut, besi pembahagi jalan tersodok ke dalam Myvi

Penetapan itu juga menjadi faktor mengalami penurunan tempatahan sehingga 95 peratus.

Malah, sejak beberapa tahun yang lalu, golongan muda juga sudah semakin melupakan budaya tradisional Geisha.

Setakat ini, daerah Akasaka yang terkenal sebagai lokasi Geisha juga hanya mempunyai 20 orang pekerja.

Sementara itu, seorang lagi Geisha, Mayu juga menyatakan rasa buntunya bila melihat situasi kerjanya itu sekarang.

jepun

“Orang sudah tidak minat untuk mengenali budaya Geisha dan perkara itu buatkan saya buntu memikirkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan,” jelasnya. -SM

(Visited 762 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button