Nasional

Elak ‘borong’ minyak peket, PPIM saran rekod butiran pembeli

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menetapkan syarat tertentu termasuk merekodkan butiran pembeli bagi mengawal peniaga makanan dan pengusaha kantin “memborong” minyak masak peket 1kg bersubsidi.

Presidennya, Nadzim Johan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menetapkan syarat terhadap pasar raya awam dan kedai runcit bagi mengelakkan masalah dihadapi pengguna berlarutan jika trend itu berterusan.

“Jika kuantiti yang diperoleh sebanyak 1,000, rekod penjualan melalui catatan kad pengenalan serta nombor telefon perlu dilaksanakan. Ia perlu dikawal menerusi SOP ketat,” katanya menurut laporan Kosmo.

“Catatan rekod serta justifikasi perlu dilaksanakan kerana jika sistem sedia ada tidak kemas, ia akan memberi ruang kepada penjual yang memasarkan mi­nyak masak peket untuk menipu pengguna, selain memperdayakan peniaga makanan.Ads by

“Kewujudan trend pembelian pukal itu secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna yang hanya mendapat bekalan minyak masak peket RM2.50 yang terhad, selain memberi kesan kepada subsidi minyak disediakan kerajaan.”

Wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N V Subbarow berkata, terdapat kluster pasar awam meletak syarat untuk peniaga makanan membeli barang secara borong bagi menebus sekotak minyak masak peket.

Tindakan itu, katanya, mengakibatkan pengguna terpaksa membeli minyak masak dalam botol yang lebih mahal di pasar raya awam akibat stok terhad.

“Semua sedia maklum, subsidi minyak masak peket dilaksanakan kerajaan khas untuk kegunaan pengguna domestik, bukan untuk perniagaan.

“Hal ini menjadi masalah kerana penjual tidak takut terhadap penguatkuasa. Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab dengan menarik se­mula lesen perniagaan yang diberikan.”

Beliau turut menyarankan pasar tani khas diwujudkan untuk pengguna bagi mengelakkan kekangan terhadap pengguna kera­na kewujudan trend pembelian pukal.

“Peniaga makanan boleh membuat pembelian dalam talian kerana mereka boleh mendapat diskaun pembelian secara borong, selain mengehadkan beberapa kuantiti tertentu kepada satu keluarga,” katanya. – SM

(Visited 314 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button