Politik

Rakyat perlukan menteri kewangan seperti Tok Mat, kata Asyraf

KABINET baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob memerlukan menteri kewangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi masyarakat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, menteri kewangan tersebut boleh merealisasikan tuntutan yang amat diperlukan oleh rakyat seperti moratorium, i-Cita dan pakej-pakej bantuan rakyat yang lain.

Asyraf Wajdi berkata, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassa amat bersesuaian untuk dilantik kejawatan tersebut.

“Bagi merealisasikan #TuntutanRAKYAT berkaitan Moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan, memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih dari kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

“Saya mencadangkan agar dipertimbangkan cadangan untuk Perdana Menteri melantik Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti. Setuju dengan pandangan ini?” kata Asyraf Wajdi dalam hantaran di Facebooknya.

Ada kalangan pengikut Facebook Asyraf Wajdi yang bersetuju cadangan tersebut.

“Sesuai sangat sebagai menteri kewangan sebelum sebagai presiden parti di PRU-15. Pengalaman sebagai menteri kewangan sangat sesuai untuk bakal PM-10,” kata seorang pengikut.

“Sepatutya sejak dulu lagi tapi Tok Mad nak terima ke jawatan yang penuh kontrovesi. Apa pun kalau PM-9 rasa layak dan memang boleh membantu meredakan pendamik politik maka patut diberi peluang,” kata seorang lagi.

Bagaimanapun ada yang tidak setuju dengan cadangan tersebut dan meminta agar Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Malah ada yang meminta supaya Asyraf Wajdi diangkat ke jawatan tersebut.-SM

 

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button