Hiburan

Gegar Vaganza 11, siapakah bakal bergelar juara?

GEGAR Vaganza 11 (GV11) semakin menghampiri kemuncaknya dan bakal melabuhkan tirai pada Ahad ini, 9 Februari 2025. Persoalan mengenai siapakah yang bakal merangkul gelaran juara edisi ke-11 masih menjadi tanda tanya, namun satu yang pasti, peminat akan dihidangkan dengan persembahan luar biasa pada malam finale nanti.

Lebih mengujakan, enam finalis GV11 akan berduet dengan barisan penyanyi legenda serta bintang popular dalam segmen duet yang dinantikan ramai. Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas akhir termasuk Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisah, Pasha Ungu dan Krisdayanti.

Tidak ketinggalan, kumpulan Dolla serta alumni GV, Jaclyn Victor, juga akan membuat penampilan istimewa bagi memeriahkan malam penuh prestij ini.

Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh finalis GV11 bersama penyanyi undangan masing-masing:

Dadali Dyrga & Datuk Jamal AbdillahKekasih Awal dan Akhir
Liza Aziz & KrisdayantiCinta
Shiela Abdull & Taufik BatisahAku Bersahaja
Ning Baizura & Pasha UnguTerlanjur Cinta
The Lima & DollaBye Bye Bye
Zehra Zambri & Jaclyn VictorBeribu Sesalan

Pada malam akhir ini, setiap finalis akan diuji dengan cabaran tema ‘It’s Final’, di mana mereka perlu menyampaikan tiga buah lagu—iaitu secara solo, duet bersama penyanyi jemputan, serta battle bersama peserta lain.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad telah bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Kesemua peserta yang masih bersaing akan terus dinilai oleh barisan juri tetap, iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ini? Sama-sama kita saksikan pada malam kemuncak GV11!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button