Politik

BN bukan komponen PN – Zahid

BARISAN Nasional (BN) tetap bukan parti komponen dalam Pakatan Nasional (PN) biarpun gabungan itu sudah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Dalam kes pembentukan kerajaan persekutuan dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, BN hanya memberi sokongan dan bukannya sebahagian daripada komponen.

“ Sokongan BN terutamanya UMNO bukan parti komponen kepada PN, itu telah saya jelaskan beberapa kali. BN memberikan sokongan kepada PN berdasarkan kepada sokongan ahli-ahli Parlimen.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO,” kata Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bersama dengan pengundi-pengundi di PDM Keramat, Kampung Pukat bagi DUN Tanjung Batu malam tadi seperti yang dipetik dari Malaysia Gazette.

RoS dalam kenyataan semalam mengesahkan bahawa bahawa PN telah pun didaftarkan.

RoS dalam satu kenyataan memberitahu pendaftaran PN diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu.

Namun carian mengenai maklumat berkenaan kelulusan sesebuah pertubuhan, termasuk PN tidak ditemuai kerana ia dikemaskini secara automatik setiap dua bulan.

Okeh itu kata RoS kelulusan PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang jabatan itu pada awal Oktober 2020, memandangkan ia diluluskan pada Ogos 2020.

Sebelum itu Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa agar PN menjelaskan mengenai status pendaftaran mereka

Shamsul Iskandar memberikan reaksi itu ekoran pendedahan Naib Ketua Pemuda PKR , Syed Badlishah Syed Osman bahawa cariannya tidak menemui sebarang rekod berhubung pendaftaran gabungan itu di laman sesawang ROS.
Menurut Ahmad Zahid, semua komponen BN tidak menyetai PN

 

“Tidak ada satu parti dalam BN pun yang sertai PN kerana BN terdiri daripada empat parti, iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

“Keempat-empat parti ini bukan gabungan dalam Muafakat Nasional tetapi Ahli-ahli Parlimen kami menyokong kerajaan PN sebagaimana yang telah kami kemukakan kepada Yang di-Pertua Agung ketika akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen dibuat untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Walaupun kami bukan parti dalam PN tetapi jelas bahawa kerjasama di PRN Sabah ini terjalin dengan baik malah kami juga buat penyelarasan di peringkat negeri dan kami turunkan di peringkat DUN dan juga di peringkat PDM,” jelas Ahmad Zahid.

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button